Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti pendidikan Memilih Bidang Perguruan

A. Aziz, Nor Fatimah and Abu, Baharin (2008) Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti pendidikan Memilih Bidang Perguruan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih bidang perguruan. Terdapat tiga faktor yang mendorong guru pelatih iaitu pengaruh peribadi, pengaruh orang signifikan dan kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan. Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statistical Packages for Social Science) bagi mendapatkan min skor, kekerapan dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian rintis ialah 0.81 dan menunjukkan instrumen kajian sesuai digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru pelatih memilih bidang perguruan kerana pengaruh faktor peribadi diikuti pengaruh orang signifikan dan akhir sekali kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07937
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11067

Actions (login required)

View Item View Item