Kesesuaian Isi Kandungan,masa,kemudahan Dan Alatan, Dan kaedah Tunjukcara (demonstrasi) Dalam Matapelajaran kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari perspektif Guru-guru Kemahiran Hidup Di Sekolah menengah Di Daerah Kluang

Ayop, Ahmad Faizal and Hamdan, Abdul Rahim (2008) Kesesuaian Isi Kandungan,masa,kemudahan Dan Alatan, Dan kaedah Tunjukcara (demonstrasi) Dalam Matapelajaran kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari perspektif Guru-guru Kemahiran Hidup Di Sekolah menengah Di Daerah Kluang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan membuat tinjauan terhadap perspektif guru-guru kemahiran teknikal di daerah Kluang mengenai kesesuaian matapelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah. Objektif kajian ialah untuk mengetahui kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Responden terdiri daripada 40 orang guru-guru yang mengajar subjek kemahiran teknikal di daerah Kluang yang terlibat secara langsung dengan pengajaran matapelajaran kemahiran teknikal.. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.742. Semua data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 14.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus, min dan nilai ujian -t. Hasil kajian mendapati guru-guru kemahiran teknikal mempunyai pandangan yang positif terhadap sukatan,alatan dan kemudahan serta kaedah pengajaran kemahiran teknikal menengah rendah. Walau bagaimanapun aspek masa masih perlu diperbaiki dalam proses mengajar matapelajaran kemahiran teknikal.dengan dapatan purata min 3.65. Berdasarkan ujian t, tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian, dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah. Namun ia tidak menghalang guru-guru dari terus mengajar matapelajaran ini demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07936
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11066

Actions (login required)

View Item View Item