Tahap Keberkesanan Usaha-usaha Yang Dijalankan Oleh penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian

Mohamad Saleh, Mohd Dzulfadli and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Tahap Keberkesanan Usaha-usaha Yang Dijalankan Oleh penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian. Antara usaha-usaha yang difokuskan ialah keberkesanan penggunaan teknologi dalam pertanian, usaha dalam menguruskan kewangan mereka, usaha dalam pemasaran yang telah dilakukan dan usaha dalam latihan atau kursus yang pernah disertai oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa. Instrumen kajian yang digunakan ialah temuduga berstruktur yang diberikan kepada seramai 30 orang petani di kampung-kampung Segamat, Johor. Data-data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program latihan pertanian dan strategi pemasaran adalah berada di tahap yang rendah. Tetapi, tahap keberkesanan pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi berada di tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat seperti menggalakkan penggunaan bioteknologi dan terdapat juga model pertanian yang dibuat oleh penyelidik untuk memudahkan usahawan tani ini berjaya dalam bidang mereka. Hasil dapatan kajian dan model ini diharapkan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan tani.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07935
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11065

Actions (login required)

View Item View Item