Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah

Abd.hamid, Zuraidah and Yahaya, Noraffandy (2008) Mereka Bentuk Dan Membangunkan Laman Web Berkenaan Bahan Bantu Mengajar Berorientasikan Pbk Untuk Subjek Matematik Sekolah Menengah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Matematik seringkali dikatakan matapelajaran yang sukar difahami oleh pelajar. Hal ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapat keputusan yang baik. Keadaan ini juga mungkin berkaitan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik yang masih menggunakan kaedah konvensional menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajarinya. Oleh itu, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik sentiasa menjadi kerisauan utama para pembangun kurikulum matematik. Justeru, pembangun mendapat inisiatif daripada keadaan semasa ini dengan membangunkan satu laman web berkenaan Bahan Bantu Mengajar yang berorientasikan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) untuk subjek matematik dan sasaran pengguna laman web ini adalah kepada guru-guru matematik sekolah menengah. Laman web ini dibangunkan berasaskan Teori Pembelajaran Tertentu (L.S Vygotsky;1981) yang menekankan aspek komunikasi. Oleh itu para guru dari pelbagai tempat dapat berkomunikasi serta berkongsi idea dan maklumat dengan lebih mudah berkenaan pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea yang diperolehi itu diharap dapat membantu para guru mewujudkan suasana pengajaran yang lebih menarik. Maka dengan adanya suatu bahan pengajaran yang menggunakan teknologi terkini ini, diharap ianya dapat mengubah pandangan pelajar terhadap matapelajaran ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07934
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11064

Actions (login required)

View Item View Item