Sistem Penggera Kereta Dwi Hala

Abdul Rahman, Mohammad Najmuddin and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2008) Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membina prototaip Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Sistem ini direka untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem penggera kereta. Projek ini dapat menyediakan satu sistem penggera tambahan untuk kereta dengan menggunakan pemancar dan penerima yang berfungsi untuk menghantar isyarat kepada pengguna jika terdapat sebarang pencerobohan terhadap keretanya. Penghantaran isyarat tersebut menggunakan medium gelombang radio dengan pelarasan gelombang yang telah ditetapkan. Gelombang radio mempunyai kelebihan menerima dan menghantar maklumat dalam lingkungan gelombang yang ditetapkan tanpa dihalang oleh sebarang objek di dalam lingkungan tersebut. Sistem ini turut dilengkapi dengan sistem amaran buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) Version 14.0. Hasil analisis data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan aspek keselamatan mempengaruhi responden dalam projek ini. Aspek kedua ialah keperluan pemasangan sistem penggera, diikuti aspek keberkesanan, aspek mesra pengguna dan aspek harga yang mempengaruhi responden dalam kajian ini. Dicadangkan kajian akan datang mengaplikasi telefon bimbit untuk pengguna menerima isyarat deringan atau bergegar serentak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07933
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11063

Actions (login required)

View Item View Item