Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah kuantan, Pahang

Ali, Zamiyah and Abd Rahman, Mohd Anuar (2008) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah kuantan, Pahang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pentaksiran Kerja Kursus KHB adalah salah satu bentuk format penilaian dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang menjadi teras untuk menjana modal insan yang cemerlang. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah yang dihadapi oleh guru-guru KHB semasa melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di sekolah menengah luar bandar daerah Kuantan. Responden kajian terdiri daripada 63 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB dan terlibat dalam Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang dibina berdasarkan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB dan telah diuji dengan nilai realibiti 0.89. Analisis data dibuat menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru KHB mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi serta mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Masalah yang dihadapi oleh guruguru KHB ialah tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB mengganggu tugas-tugas lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara jantina dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di peringkat PMR.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07932
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11062

Actions (login required)

View Item View Item