Membangunkan Perisian Modul Bahan Bantu Mengajar (bbm) Bertajuk Blood Circulation And Transport Bagi mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga.

Hashim, Hasnol and Joned, Muslim (2008) Membangunkan Perisian Modul Bahan Bantu Mengajar (bbm) Bertajuk Blood Circulation And Transport Bagi mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) versi bahasa Inggeris yang bertajuk Blood Circulation and Transport telah dibangunkan. Penggunaan BBM dapat merangsang keinginan dan minat pelajar dalam pembelajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2003 merupakan asas pembangunan modul disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0, dan Macromedia Flash MX. Perisian yang dilengkapi dengan isi pelajaran, analogi, glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta pengukuhan mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan modul perisian ini secara keseluruhannya dapat membantu guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains tingkatan tiga dalam proses pengajaran agar pembelajaran pelajar lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07930
Subjects: Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11060

Actions (login required)

View Item View Item