Pembangunan Majalah Web: Sejarah Dalam Matematik Dan statistik

Abdul Hadi, Normi Rosidar and Ismail, Zaleha (2008) Pembangunan Majalah Web: Sejarah Dalam Matematik Dan statistik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Majalah web matematik merupakan salah satu bahan e-pembelajaran yang dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek majalah web ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus mata pelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian terbuka Joomla! dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Berteraskan sistem Joomla! dan model ADDIE, sebanyak lima keluaran majalah Dunia Matematik telah dihasilkan. Dunia Matematik dikeluarkan pada setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun penulisan ini hanya tertumpu pada dua ruangan utama Dunia Matematik, iaitu Sejarah dalam Matematik dan Statistk. Sejarah matematik merupakan satu bidang yang perlu diberikan keutamaan di mana di dalamDunia Matematik, pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah perkembangan matematik dunia. Manakala ruangan statistik pula akan membawa pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian artikel, Dunia Matematik turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang interaksi sesama pembaca. DiharapkanDunia Matematik ini dapat dijadikan bahan pembacaan untuk meningkatkan kefahaman dalam matematik kepada pembaca.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07927
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11057

Actions (login required)

View Item View Item