Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan di Kalangan Pelajar-pelajar Bumiputera Tingkatan empat Di Tiga Buah Sekolah Sekitar Skudai, Johor

Bohari, Sapiah and Boon, Yusof (2008) Kesediaan Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan di Kalangan Pelajar-pelajar Bumiputera Tingkatan empat Di Tiga Buah Sekolah Sekitar Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan pelajar bumiputera tingkatan empat di tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru. Sekolah-sekolah yang dilibatkan dalam kajian ini adalah SMK Taman Universiti, SMK Taman Universiti 2 dan SMK Taman Mutiara Rini, Skudai, Joor Bahru. Perkara-perkara yang dikaji ialah minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, persepsi , minat terhadap bidang keusahawanan, dorongan ibu bapa, dan perbandingan berkaitan ke empatempat persoalan kajian dengan jantina. Sebanyak 214 orang responden yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 34 item berdasarkan kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan Bahagian B yang melibatkan jawapan responden terhadap aspek yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.893. Analisis kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Data diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences) versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan responden memberikan jawapan yang negatif terhadap tiga daripada empat persoalan kajian yang dikaji dengan nilai tahap yang rendah. Faktor minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, dan faktor dorongan ibu bapa menunjukkan tahap yang paling rendah (nilai min 2.12 masingmasing) diikuti faktor minat terhadap bidang keusahawanan (nilai min 2.14). Hanya faktor persepsi terhadap bidang keusahawanan menunjukkan pada tahap sederhana (nilai min 2.65). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bumiputera mengikut jantina, iaitu pelajar perempuan didapati mempunyai kesediaan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki untuk menceburi bidang keusahawanan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07926
Subjects: Business and Commerce Education > Business Entrepreneurship Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11056

Actions (login required)

View Item View Item