Faktor-faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor

Muhammad, Nik Selma and Hassan, Johari (2008) Faktor-faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Oleh itu kajian ini cuba melihat masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah yang terletak di daerah Kulaijaya, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat dan 60 orang guru di sekolah berkenaan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor-faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar. Data diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 11.5 dan diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07924
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11054

Actions (login required)

View Item View Item