Pembangunan Aplikasi Multimedia Berdasarkan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda bagi Tajuk Stereokimia

Mohd Azmi, Faza Farhana and Harun, Jamaludin (2008) Pembangunan Aplikasi Multimedia Berdasarkan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda bagi Tajuk Stereokimia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Aplikasi multimedia yang interaktif dan pembelajaran berasaskan minda merupakan dua penyumbang utama terhadap perkembangan dalam pendidikan professional. Berbanding pembelajaran secara tradisional, multimedia yang interaktif menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian walaupun untuk individu yang dipisahkan oleh geografi mahupun masa. Pembelajaran berasaskan minda menyediakan suasana pembelajaran yang bersesuaian untuk perkembangan minda mereka. Oleh sebab itu, projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan aplikasi pembelajaran multimedia interaktif menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan minda berdasarkan Caine dan Caine (1990). Topik yang dipilih bagi projek ini adalah Stereokimia, salah satu topik dalam Kimia Organik. Proses pembangunan adalah beradasarkan model reka bentuk instruksi bersistem ADDIE. Macromedia Authorware 7 telah digunakan sebagai alat gubahan utama untuk menghasilkan aplikasi multimedia ini, disokong perisian multimedia lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop dan Sound Forge. Diharapkan kombinasi strategi pembelajaran berasaskan minda dengan elemen multimedia seperti grafik, animasi serta audio dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka tentang konsep Stereokimia disamping menjadikan proses pembelajaran semakin aktif, bermakna dan menyeronokkan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07923
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11053

Actions (login required)

View Item View Item