Using Songs To Reinforce The Learning Of subject-verb Agreement

Abd Rahman, Shazwani and Hashim, Affendi (2008) Using Songs To Reinforce The Learning Of subject-verb Agreement. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pelajar-pelajar di Malaysia sering mengalami masalah dalam memahami subject-verb agreement (SVA). Ini berlaku kerana terdapat gangguan daripada bahasa pertama mereka. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membantu para pelajar memahami peraturan-peraturan dalam SVA. Walau bagaimanapun, pengajaran tatabahasa secara eksplisit mungkin akan meningkatkan tahap kebimbangan pelajar. Jadi, guru perlulah memasukkan elemen-elemen yang menyeronokkan dalam pengajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin menyiasat keberkesanan penggunaan lagu dalam membantu pemahaman SVA. Kajian ini menggunakan rekabentuk quasi-experimental. Tiga puluh tujuh pelajar tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Sri Pulai yang terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimental dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimental menjalani pembelajaran menggunakan aktiviti berdasarkan lagu dalam tiga sesi yang berlainan. Manakala kumpulan kawalan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Alat-alat yang digunakan untuk mengumpul data ialah pre-test, post-test, pemerhatian rawatan dari pita rakaman, dan refleksi pembelajaran dari para pelajar. Analisis data dilakukan dengan cara kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti berdasarkan lagu dapat memberikan faedah dalam menolong pelajar memahami SVA dan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Maka, adalah digalakkan untuk para guru bahasa bagi menggunakan aktiviti-aktiviti berdasarkan lagu dalam pengajaran tatabahasa

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07920
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11050

Actions (login required)

View Item View Item