Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Johor Darul Takzim

Kamarudin, Shamsul and Boon, Yusof (2008) Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Johor Darul Takzim. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan amalan keselamatan di kalangan pelajar tingkatan empat semasa di bengkel kemahiran hidup. Sampel kajian adalah terdiri daripada 136 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan yang belajar di Sekolah Menengah Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian Johor Darul Takzim. Borang soal selidik digunakan untuk memperolehi frekuensi dan peratusan responden. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, manakala bahagian B pula mengenai persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .924. Disamping itu, data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social ScienceFor Windows (SPSS) Version 14.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar mengenai amalan keselamatan berada pada tahap sederhana (min = 3.23), tahap pengetahuan pelajar tentang penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin berada pada tahap sederhana (min = 3.47) dan tahap pelajar mempraktikan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja amali juga berada pada tahap sederhana (min = 3.43). Secara keseluruhan dapatlah dirumuskan tahap penguasaan amalan keselamatan di kalangan pelajar semasa di bengkel kemahiran hidup adalah berada pada tahap sederhana (min = 3.38). Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07918
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11048

Actions (login required)

View Item View Item