Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan dalam Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar Tahun Empat ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kejuruteraan Awam,elektrik,mekanikal) Di Fakulti pendidikan, Utm

La anain, Anasyuhada and Minghat, Asnul Dahar (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan dalam Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar Tahun Empat ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kejuruteraan Awam,elektrik,mekanikal) Di Fakulti pendidikan, Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapian akademik pelajar-pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 61 orang pelajar tahun empat yang mendapat anugerah Kepujian Dekan semester II sesi 2006/2007 yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek yang dikaji melibatkan empat perkara utama iaitu untuk mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor pensyarah, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor cara belajar berkesan, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor rakan, dan juga mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU). Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah 0.837. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS ( Statistical Package for the Social Science ) Versi 12.0. Hasil analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU) adalah merupakan pilihan utama pelajar dalam mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapaian akademik iaitu nilai min 2.74, diikuti dengan faktor pensyarah dengan nilai min 2.65, pilihan ketiga pelajar pula adalah faktor cara belajar berkesan dengan nilai min 2.53, dan akhir sekali pelajar telah memilih faktor rakan sebagai pilihan dengan nilai min hanya 2.46. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07917
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11047

Actions (login required)

View Item View Item