Faktor-faktor Yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah

A. Kahar, Norlela and Nordin, Aziz (2008) Faktor-faktor Yang Mungkin Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan Dalam Membantu Guru Sains Menguasai Bahasa Inggeris Di Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi perlaksanaan Program Bimbingan Taulan dalam membantu guru Sains menguasai Bahasa Inggeris di sekolah. Subjek kajian adalah terdiri daripada 73 orang guru Sains yang terlibat dengan program ini di 10 buah sekolah rendah di sekitar Johor Bahru. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina berdasarkan aspek kesediaan, keyakinan dan latar belakang Bahasa Inggeris guru. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 (Statistical Package For Social Science) dan data telah diterjemahkan dalam bentuk min, peratusan dan Korelasi Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru merupakan faktor yang paling dominan jika dibandingkan dengan keyakinan guru iaitu min kesediaan 4.1610 dan min keyakinan adalah 3.9229. Seterusnya daripada analisis Korelasi Pearson menunjukkan kesediaan dan keyakinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru. Namun, kesediaan mempunyai hubungan yang rendah tetapi tidak signifikan (p = 0.156) dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali korelasi, r = 0.168, manakala keyakinan mempunyai hubungan yang tinggi dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali korelasi, r = 0.785 pada nilai p = 0.01. Dengan adanya kajian ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan Program Bimbingan Taulan dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan dan khususnya dalam mata pelajaran Sains.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07915
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11045

Actions (login required)

View Item View Item