Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (p&p) Kelas Pengajian al-qur an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan Jaj

Hamsur, Nor Hidayah and Abdullah, Abd Hafiz (2008) Metode Pengajaran Dan Pembelajaran (p&p) Kelas Pengajian al-qur an Di Kalangan Saudara Baru Di Bawah Kelolaan Jaj. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur an di kalangan Saudara Baru. Selain itu, untuk mengetahui faktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al-Qur an serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur an. Sampel kajian adalah Saudara Baru yang menghadiri kelas pengajian al-Qur an. Populasi kajian adalah seramai 82 orang. Pemilihan sample adalah dilakukan berdasarkan seluruh populasi. Kajian yang dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual dan instrument soal selidik. Set soal selidik mengandungi 36 item soalan telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α= 0.933. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur an di kalangan Saudara Baru adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.12. Faktor-kaktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al- Qur an berada pada tahap tinggi juga iaitu nilai min sebanyak 4.25. Manakala masalahmasalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur an berada pada tahap min sederhana iaitu 2.59. Di akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak yang terlibat seperti kepada Saudara Baru, guru-guru dan pihak Jabatan Agama Johor (JAJ).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07913
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:11
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11043

Actions (login required)

View Item View Item