Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Perisian adobe Flash Cs3 Professional

Abu Bakar, Zatika Izwani and Mohd Salleh, Shaharuddin (2008) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Perisian adobe Flash Cs3 Professional. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Perbezaan tahap penerimaan individu terhadap satu-satu pembelajaran merupakan satu masalah pendidikan yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain dari segi minat, kelebihan diri, kemahiran mengingat dan sebagainya. Bagi mengurangkan kekangan tersebut, pembangun telah mengambil satu inisiatif membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Adobe Flash CS3 berteraskan Pengajaran Individu sejajar dengan keperluan pendidikan kita hari ini. Selain dijadikan bahan rujukan tambahan, MPK ini juga membolehkan pelajar mengikuti secara langkah demi langkah dalam menguasai sesuatu unit pembelajaran mengikut kecekapan dan kebolehan mereka sendiri. Ini bertepatan dengan prinsip Model Burns yang telah digunakan dalam proses merekabentuk modul. Disusuli dengan gabungan teori konstruktivisme dan kognitif, ianya menjadikan kesan pembelajaran yang terhasil lebih bermakna yang mana teori-teori ini menekankan pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan MPK ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman pelajar dalam menghasilkan animasi berkomputer menggunakan perisian Adobe Flash CS3 sama ada dalam pembangunan aplikasi CD-ROM atau laman web

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07912
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11042

Actions (login required)

View Item View Item