Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah

Chan, Daniel and Idris, Abdul Razak (2008) Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada 183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar Matematik tentang persepsi, pengetahuan dan sikap mereka terhadap pengajaran Matematik berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Para guru juga berpengetahuan serta berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07911
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Instructional Technology
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11041

Actions (login required)

View Item View Item