Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kaedah pengajaran Dengan Pencapaian Mata Pelajaran pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah menengah Teknik Di Negeri Sembilan

Abdul Razak, Syazwani and Yahaya, Azizi (2008) Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kaedah pengajaran Dengan Pencapaian Mata Pelajaran pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dan kaedah pengajaran guru yang diamalkan terhadap pencapaian mata pelajaran PKA di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Responden kajian melibatkan 180 orang pelajar dan borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A tujuh soalan berkaitan dengan Latar Belakang Responden dan Bahagian B mengandungi 36 item berkaitan dengan tiga jenis gaya pembelajaran dan dua jenis kaedah pengajaran. Nilai Alpha keseluruhan bagi soalan di dalam soal selidik ialah 0.844 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Data dianalisis menggunakan perisisian SPSS 15 iaitu Statistical Package for the Social Science yang digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratus, dan min yang kemudian akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya pembelajaran auditori adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden manakala kaedah demonstrasi merupakan kaedah pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh guru. Dalam kajian ini, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dan kinestetik dengan pencapaian mata pelajaran PKA manakala terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori dengan pencapaian mata pelajaran PKA. Bagi analisis hubungan antara kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran pula wujud hubungan yang signifikan di antara kedua-duanya. Kajian ini mencadangkan kajian lanjutan bagi melihat keberkesanan kaedah pengajaran guru yang perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi mengatasi masalah pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07910
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11040

Actions (login required)

View Item View Item