Pembangunan Laman Web Bagi Subjek Bahasa pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi pembelajaran Berasaskan Situasi

Badarudin, Mohd Ariff and Atan, Noor Azean (2008) Pembangunan Laman Web Bagi Subjek Bahasa pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi pembelajaran Berasaskan Situasi. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Dalam sistem pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer, kaedah pembelajaran secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran secara kuliah. Suatu kelainan dalam proses pendidikan yang mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat pelajar. Oleh itu, laman web ini dibangunkan berdasarkan strategi pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar akan cuba dibawa kepada situasi sebenar pembelajaran tersebut. Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ telah dipilih sebagai isi pelajaran dengan memberi tumpuan kepada topik Struktur Pilihan dan Gelungan. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan Peck yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa Pelaksanaan dan Pembangunan digunakan sebagai panduan dalam membangunkan laman web ini. Laman web ini juga dibangunkan dengan menggunakan Micromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Diharap dengan pembangunan laman web ini akan membantu pelajar menguasai subjek tersebut dan dapat membentuk pelajar dalam menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07909
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11039

Actions (login required)

View Item View Item