Local Cultural Aspects In The Kbsm English Language materials

Mohd Hashim, Nursophia Hasdina and Zakaria, Mohammad Hassan (2008) Local Cultural Aspects In The Kbsm English Language materials. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pelajar-pelajar di Malaysia terdiri daripada pelbagai komuniti etnik dan budaya memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai negara berbilang kaum dan negara berbilang budaya. Oleh kerana itu, timbul persoalan berkenaan dengan pendedahan aspek kebudayaan yang terdapat dalam bahan Bahasa Inggeris KBSM yang digunakan oleh sekolah-sekolah di dalam negara dan isu ini telah mendapat perhatian daripada para pengkaji. Kajian ini telah memfokus kepada satu set senarai semak yang telah digunakan sebagai garispanduan untuk menganalisa aspek kebudayaan yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Inggeris KBSM Tingkatan 1 hingga 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di Johor Bahru. Secara keseluruhannya, bahan-bahan tersebut mempunyai pendedahan yang cetek terhadap aspek-aspek kebudayaan dan ia tidak dibincangkan secara meluas dan mendalam. Kajian ini mencadangkan bahawa kekurangan aspek-aspek kebudayaan tertentu yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh faktor sensitiviti sesetengah topik kebudayaan dan bahawa ianya mungkin didedahkan secara implisit, contohnya melalui penerapan nilai-nilai murni, penekanan-penekanan moral dan juga pendidikan. Kajian ini juga mencadangkan bahawa bahan-bahan pembelajaran bahasa perlu berupaya mendedahkan budaya sendiri pelajar-pelajar bahasa serta budaya-budaya yang wujud dalam persekitaran mereka dan bahan-bahan tersebut mestilah berguna serta efektif sebagai bahan pembelajaran Bahasa Inggeris mahupun sebagai alat untuk mempromosikan pengetahuan dan kefahaman kebudayaan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07908
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11038

Actions (login required)

View Item View Item