Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) berasaskan Web : Pengurusan Jenazah

Tangah, Roslan and Mohamad, Ahmad Marzuki (2008) Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (pbk) berasaskan Web : Pengurusan Jenazah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pembangunan laman web dalam bidang pendidikan telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) berasaskan laman web. Walaupun terdapat pelbagai sumber lain, laman web merupakan medan yang terkini namun untuk mendapatkan maklumat melalui internet mengenai pengurusan jenazah dalam perihal tindakan awal kematian, memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah adalah terhad. Sehubungan dengan itu, Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Berasaskan Web: Pengurusan Jenazah akan menambahkan lagi metod untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan maklumat. Laman web ini dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti MS-Frontpage 2003, Adobe Dreamweaver CS3, Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk Max dan Sony Sound Forge 8. Laman web ini telah dimuat naik ke hosting yang disediakan oleh pembangun. Projek pembangunan laman web ini boleh diakses dari internet di mana jua terdapat talian internet. Justeru, pembangun telah menyediakan video di atas talian bagi memudahkan pengendali jenazah mengetahui cara yang betul dalam menguruskan jenazah. Semoga dengan laman web yang dibangunkan ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan di negara kita dan membantu umat Islam menunaikan tuntutan fardhu kifayah

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07907
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > Internet Computing
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11037

Actions (login required)

View Item View Item