Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer (pbk) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat

Mat Idris, Rohana and Yahaya, Noraffandy (2008) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer (pbk) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah untuk menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mempelajari Matematik. Reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada Model ASSURE iaitu melibatkan enam fasa iaitu Menganalisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah, Media dan Bahan, Menggunakan Media dan Bahan, Melibatkan Pelajar dalam Aktiviti Pembelajaran, Penilaian dan Pengubahsuaian. Teori Behaviorisme telah diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio ke dalam perisian ini untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop CS3 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis Lurus.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07905
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11035

Actions (login required)

View Item View Item