Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan dan Keselamatan Dalam Makmal Sains

Mustafa Kamal, Syamsul Anuar and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2008) Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Peraturan dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Aktiviti di dalam makmal merupakan aspek penting dalam pengajaran inkuiri. Aspekaspek keselamatan dalam makmal haruslah diberi perhatian khusus supaya makmal menjadi tempat yang selamat bagi menjalankan eksperimen. Selain guru, pelajar juga harus peka dengan peraturan dan keselamatan makmal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap peraturan dan keselamatan dalam makmal sains. Dua aspek keselamatan telah diberi perhatian iaitu keselamatan dari segi pengetahuan dan dari segi sikap. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan jika terdapat perbezaan tahap kesedaran dikalangan kumpulan umur yang berbeza (tingkatan). Seramai 323 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah di sekitar Johor Bahru telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Tumpuan diberi hanya pada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, dan 3 sahaja. Satu set soal selidik tentang keselamatan makmal telah digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap keselamatan makmal berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam tahap kesedaran antara tingkatan 1, 2 dan 3. Beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap keselamatan makmal telah diberi pada bahagian akhir kajian.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07901
Subjects: Science Education > Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11031

Actions (login required)

View Item View Item