Membangunkan Perisian Multimedia Bagi Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Dalam Mata Pelajaran Vokasional Bagi Lukisan Teknik Tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan

Meliki, Askandar and Abdullah, Nur Qistina (2008) Membangunkan Perisian Multimedia Bagi Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Dalam Mata Pelajaran Vokasional Bagi Lukisan Teknik Tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pembangunan perisian multimedia di peringkat sekolah didapati mampu membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buat masa sekarang perisian multimedia lukisan teknik yang bercirikan tempatan adalah sukar untuk didapati di pasaran. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan membangunkan perisian multimedia yang digunakan untuk mengajar tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan. Pembangunan perisian ini memerlukan dua fasa yang utama iaitu fasa rekabentuk perisian dan fasa penilaian perisian. Ia dibangunkan dengan aplikasi Macromedia SWiSHmax dibantu dengan perisian-perisian grafik, audio dan animasi seperti, Macromedia Flash 8, photoshop 7 dan autocad 2005 untuk menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.. Penilaian yang diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah dihasilkan dapat memenuhi keperluan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk peningkatan, aspek-aspek reka bentuk dan ketepatan isi kandungan juga harus diambilkira untuk menjadikannya satu perisian yang lebih berkualiti.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07898
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11028

Actions (login required)

View Item View Item