Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut perspektif Guru

Mohammad, Siti Hasmah and Hashim, Shahrin (2008) Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut perspektif Guru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Ianya melibatkan empat faktor iaitu pengetahuan, minat, sikap dan kurikulum. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan responden seramai 94 orang guru dari empat buah sekolah yang berbeza. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan nilai yang diperolehi ialah 0.86. Analisis deskriptif menggunakan nilai min, peratus serta kekerapan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan pengetahuan merupakan faktor penghalang, manakala minat, sikap dan kurikulum bukan faktor penghalang dalam usaha menerapkan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan diberikan untuk mengatasi halangan penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07896
Subjects: Business and Commerce Education > Entrepreneurship & Commerce Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:10
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11026

Actions (login required)

View Item View Item