Sistem Penggera Kereta Dwihala

Zahari, Khalaily and Sidek, Rosni Zamuddin Shah (2008) Sistem Penggera Kereta Dwihala. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan terhadap projek reka cipta yang melibatkan penggunaan sistem penggera anti pencuri yang dikenali sebagai Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Pendekatan yang digunakan adalah konsep penggunaan alat perhubungan walkie talkie yang boleh berhubung secara dua hala. Sistem ini akan mula berfungsi apabila butang penggera diaktifkan pada alat kawalan jauh setelah pengguna meninggalkan kereta. Sekiranya terdapat pencerobohan yang berlaku kepada kereta tersebut, maka satu isyarat akan dihantar kepada pemegang alat kawalan jauh dengan mengeluarkan bunyi alat penyaring (buzzer) dan juga alat getaran (vibrator). Sekiranya keadaan ini berlaku, maka pengguna kenderaan tersebut akan mengetahui bahawa kereta menghadapi masalah dan seterusnya pengguna tersebut boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti segera bergegas ke keretanya untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Seramai 20 orang penduduk dari taman perumahan di taman Sri Pulai dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian penggunaan sistem penggera kereta dwi hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Projek reka cipta ini dicadangkan supaya dipatenkan agar tidak diciplak atau ditiru oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07894
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11024

Actions (login required)

View Item View Item