Sistem Penambahan Tekanan Udara Melalui Penghasilan alat Wiz Pada Enjin Kenderaan

Wan Ishak, Wan Iszham and Saud, Muhammad Sukri (2008) Sistem Penambahan Tekanan Udara Melalui Penghasilan alat Wiz Pada Enjin Kenderaan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian alat rekacipta iaitu wiz merupakan sistem penambahan tekanan udara yang dicipta oleh pereka khas untuk enjin kenderaan. Objektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan alat wiz pada enjin kenderaan dapat meningkatkan kuasa kuda kenderaan, dapat membantu sistem brek berfungsi dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api ketika enjin dihidupkan. Untuk mengetahui kefungsian alat yang direka, pereka menjalankan pengujian di bengkel automotif di N 26 Universiti Teknologi Malaysia, manakala pengujian dynojet dynamometer ini dijalankan di bengkel automotif N 1 Racing, 68, jln PJS 11/7, Bandar Sunway,46150 Bandar Sunway Selangor, pengujian casis dynamometer bagi sistem brek dijalankan di PUSPAKOM, Lot 219, Taman Perindustrian Terbrau 3, 81100 Johor Bharu, Johor serta pengujian penggunaan bahan api dijalankan di lebuhraya utara - selatan. Empat buah kenderaan yang dipilih dijadikan sampel kajian ini. Analisis data dibuat berdasarkan kuasa kuda, peratusan, per juta (ppm) dan dalam unit liter. Hasil daripada penganalisisan data, didapati hasil peningkatan karbon monoksida 0.55 % (2.72 % - 3.27 %), pengurangan hidrokarbon 37 ppm (330 ppm 293 ppm) serta pengurangan oksigen 0.14 % (1.26 % - 1.12 %). Manakala peningkatan kuasa kuda 1.93 kk (124.92 kk 126.85 kk) kuasa maksimum dan 2.88 kk (135.97 kk 138.85 kk) maksimum kuasa kilas diikuti dengan peningkatan cengkaman pada sistem brek kenderaan sebanyak 0.52 % (51,25 % - 51.5 %) dan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 0.016 liter (0.077 liter - 0.061 liter). Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengujian ini telah membuktikan keberkesanan rekacipta alat wiz ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07892
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11022

Actions (login required)

View Item View Item