Tinjauan Mengenai Kategori Masalah dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

Nurak Pelipos, Vaskalista Dua and Hushin, Hassan (2008) Tinjauan Mengenai Kategori Masalah dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh para pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Begitu juga dengan mengenalpasti masalah utama dari segi demografi (jantina, kursus pengajian dan aliran sekolah menengah). Jumlah responden yang terlibat adalah seratus dan tiga puluh orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah Mooney Problem Check List (MPCL). Cara data kajian dikumpulkan adalah melalui soal selidik dan diproses dengan SPSS/PC+. Hasil kajian yang didapati oleh penyelidik menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu para pelajar ialah kewangan, keadaan kehidupan dan pekerjaan (42.3%), penyesuaian terhadap kerja-kerja tugasan akademik (30.9%), pelajaran dan kerjaya masa depan serta perhubungan peribadi dan psikologi (emosi) dengan peratus yang sama (21.5%). Manakala kategori masalah yang kurang mengganggu pelajar ialah rumahtangga dan keluarga (8.9%), moral dan agama (8.1%) serta kesihatan dan pertumbuhan jasmani (4.9%). Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07891
Subjects: Higher Education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11021

Actions (login required)

View Item View Item