Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Talip, Faridatul Akmar and Ismail, Sarimah (2008) Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kepuasan bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Sekiranya organisasi dapat memberikan kepuasan kepada pekerjanya, ianya bukan sahaja dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti semua pekerjanya. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti kepuasan bekerja dikalangan staf akademik Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 13 orang responden terlibat dalam kajian yang berbentuk kualitatif kajian kes ini. Instrumen yang digunakan adalah protokol temubual. Data yang diperolehi dianalisa secara manual melibatkan pengkodan dan interpritasi atau tafsiran data. Semua langkah ini dilakukan secara berulang-ulang sehinggalah proses pengumpulan data mencapai tahap data tepu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menyatakan beberapa faktor kepuasan bekerja iaitu faktor rakan sekerja, pelajar, Ketua Jabatan serta insentif dan gaji. Manakala faktor ketidakpuasan bekerja pula adalah beban kerja, pengurusan akademik, hubungan staf senior dan junior, staf sokongan, kekurangan bilik kuliah, kemudahan bengkel atau makmal dan kekurangan tenaga pengajar. Di akhir kajian ini diusulkan beberapa cadangan yang sesuai bagi meningkatkan tahap kepuasan bekerja di kalangan staf akademik JPTK, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07890
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11020

Actions (login required)

View Item View Item