Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia

Jamaludin, Ahmad Shukri and Mushtari, Mohd Ismail (2008) Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan hiburan realiti televisyen Akademi Fantasia di kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Seramai 134 orang responden terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan soal selidik yang mengandungi 60 item soalan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) 12.0 for windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang dijalankan adalah α = 0.98. Hasil kajian menunjukkan persepsi serta pengaruh rancangan hiburan realiti terhadap gaya hidup mahasiswa adalah rendah. Dari aspek kesesuaian rancangan hiburan realiti AF menurut pandangan mereka juga berada pada tahap rendah. Keseluruhannya, min mencatatkan nilai 2.20. Keputusan kajian memberi gambaran rancangan sebegini tidak begitu mempengaruhi mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi permasalahan ini bagi menyedarkan masyarakat tentang kesan negatif rancangan realiti televisyen.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07889
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:09
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/11019

Actions (login required)

View Item View Item