Persepsi Guru Terhadap Peranan Dan Amalan Penyeliaan Guru Kanan Mata Pelajaran Di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru.

Adm, Hairulnishak and Hushin, Hassan (2006) Persepsi Guru Terhadap Peranan Dan Amalan Penyeliaan Guru Kanan Mata Pelajaran Di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk tahap persepsi guru terhadap peranan dan amalan penyeliaan Guru Kanan Mata Pelajaran di empat buah sekolah menengah kebangsaan daerah Johor Bahru.Selain itu,kajian juga melihat perbezaan persepsi guru terhadap penyeliaan pengajaran mengikut faktor demografi serta melihat hubungan guru terhadap peranan dan amalan penyeliaan Guru Kanan Mata Pelajaran.Seramai 100 orang guru dipilih sebagai sampel penyelidikan dari 4 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru.Istrumen soal selidik digunakan.Data kajian dianalisis menggunakan program Statiscal Package For Sosial Sciences (SPSS) For Window Version 11.0. Dapatan kajian menunjukkan persepsi yang negatif tentang peranan Guru Kanan Mata Pelajaran dalam konteks penyeliaan.Melalui ujian ANOVA didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.Tidak terdapat perbezaan antara persepsi guru terhadap amalan penyeliaan dengan subjek yang diajar.Namun begitu terdapat perbezaan antara persepsi guru terhadap amalan sebelum dan semasa penyeliaan dengan pengalaman mengajar manakala tidak terdapat perbezaan persepsi guru terhadap amalan selepas penyeliaan dengan pengalaman mengajar.Tidak terdapat perbezaan persepsi juga dapat dilihat antara amalan penyeliaan dengan bilangan kali diselia.Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan antara persepsi guru terhadap peranan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan persepsi guru terhadap amalan penyeliaan yang dijalankan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran -T menunjukkan terhadap perbezaan persepsi dikalangan guru lelaki dab guru perempuan terhadap penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran secara keseluruhan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07839
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:07
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10969

Actions (login required)

View Item View Item