Imej Konsep Terhadap Fungsi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat.

Ket, Lee Lian and Bakar, Md Nor (2006) Imej Konsep Terhadap Fungsi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji imej konsep terhadap fungsi di kalangan 30 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menegah di daerah Johor Bahru. Adalah diketahui ramai bahawa idea fungsi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep matematik. Namun kajian-kajian telah menunjukkan ramai pelajar sekolah menengah menghadapi kesulitan dalam proses pembelajaran fungsi. Justeru itu, imej konsep pelajar harus diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran konsep fungsi. Instrumen yang digunakan adalah ujian kertas-pensil dan temubual di mana pelajar diminta agar member definisi dan contoh fungsi; mengenalpasti fungsi apabila diberi perwakilan fungsi dalam berbagai bentuk serta situasi hubungan arbitrary dan situasi yang bersitaf kontekstual; serta menginterpretasi perhubungan di antara berbagai bentuk perwakilan fungsi dan penggunaan bentuk serta fungsi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memiliki imej konsep terhadap fungsi yang terhad kepada situasi prototipikal linear dan kuadratik yang diwakilkan dalam bentuk gamabarajah anak panah. Selain daripada itu, dapatan kajian telah menonjolkan imej konsep pelajar yang mengandungi andaian-andaian yang penuh dengan kesilapan. Diharap dapatan kajian mengenai imej konsep pelajar terhadap fungsi boleh memberi cadangan ke arah meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran topik fungsi di sekolah menengah.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07809
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:05
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10939

Actions (login required)

View Item View Item