Kesan Ciri-ciri Kerjaya Terhadap Motivasi Kerja Guru.

Yong, May Lee and Md Johan, Othman (2006) Kesan Ciri-ciri Kerjaya Terhadap Motivasi Kerja Guru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kerja guru di sekolah menengah kebangsaan adalah kompleks dan rumit. Maka adalah perlu untuk mencari satu situasi kerja yang dapat memotivasikan guru. Kajian ini dijalankan untuk menguji sebahagian Model Ciri-ciri kerjaya Hackman & Oldham (1980). Fokus kajian adalah untuk menentukan sama ada terdapat hubungan di antara ciri-ciri kerjaya dengan keadaan psikologikal serta hasil motivasi guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan kesan langsung dan kesan tidak langsung ciri-ciri kerjaya terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Analisis laluan digunakan untuk menentukan kesan-kesan tersebut. Seramai 200 orang guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru digunakan sebagai sampel kajian. Setiap guru diminata supaya melengkapkan soal selidik yang diubahsuaikan dari Soal Selidik Tinjauan Diagnostik Kerjaya. Empat hipotesis telah diuji berdasarkan objektif dan persoalan kajian ini. Hipotesis-hipotesis ini diuji dengan menggunakan korelasi Pearson sementara analisa regresi berganda digunakan untuk menentukan peramal terbaik di antara pembolehubah-pembolehubah eksogenus. Secara umumnya, dapatan daripada kajian ini menyokong Model Ciri-ciri Kerjaya Hackman & Oldhman (1980) dan juga dapatan kajian-kajian yang lalu. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara ciri-ciri kerjaya dengan hasil motivasi guru. Di samping itu, kajian juga menunjukkan kesan tidak langsung antara ciri-ciri kerjaya terhadap hasil motivasi guru adalah lebih kuat. Kajian ini membawa beberapa implikasi kepada Kementerian Pelajaran, pihak pentadbir dan para guru. Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan sebagai asas bagi kajian-kajian selanjutnya dalam aspek motivasi guru dan kerjaya perguruan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07802
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:04
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10932

Actions (login required)

View Item View Item