Cooperative Learning And Achievement In English Language acquisition In A Literature Class In A Secondary School

Tok, Hoon Seng and Seliman, Salbiah (2006) Cooperative Learning And Achievement In English Language acquisition In A Literature Class In A Secondary School. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran koperatif adalah usaha mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Keberkesanannya telah didokumentasikan melalui beberapa kajian. Walau bagaimanapun, hanya sedikit kajian telah dijalankan tentang penggunaan pembelajaran koperatif sebagai salah satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Kesusasteraan Inggeris di sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kolerasi antara pembelajaran koperatif dengan pencapaian pelajar dalam penguasaan Kesusasteraan Inggeris dalam sebuah kelas di sebuah sekolah menengah. Diharapkan kajian ini juga dapat membantu menandatangani masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah luar bandar. Sasaran kajian terdiri daripada 59 orang respondent tingkatan empat. Respondent kumpulan kajian melalui proses pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan hanya diberi kepada pengajaran tradisional. Data kualitatif dan kuantitatif telah dikutip dengan menggunakan instrumen seperti soalan pra dan pos ujian, soalselidik, pemerhatian dalam bilik darjah dan temubual. Penganalisian data diskriptif dibuat dengan menggunakan program SPSS Versi 9.0. Kumpulan sasaran menonjolkan tahap sederhana dan rendah dalam penguasaan Kesusasteraan Inggeris sebelum pembelajaran koperatif. Selepas intervensi kajian, tahap penguasaan respondent dalam Kesusasteraan Inggeris bagi kumpulan kajian telah menunjukkan peningkatan signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan pembelajaran koperatif memainkan peranan yang penting dalam penguasaan Bahasa Inggeris di dalam kelas. Di samping itu, data kualitatif telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif dapat mempertingkatkan perkembangan sosial dan minat respondent dalam pembelajaran Kesusasteraan Inggeris. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif dapat mempertingkatkan pencapaian respondent dalam mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris secara berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07754
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 05:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10885

Actions (login required)

View Item View Item