Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi bagi Tajuk Keselamatan Komputer Tingkatan 4

Sitim, Stillah and Idris, Abdul Razak (2006) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi bagi Tajuk Keselamatan Komputer Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dibawah tajuk Keselamatan Komputer. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hanafin & Peck untuk membangunkan perisian ini dan mengaplikasikan Teori Behaviorisma sebagai pendekatan pengajarannya. Pengguna akan dipaparkan kepada objektif perisian terlebih dahulu dan diberi pilihan samaada pengguna ingin menjalankan tutorial ataupun latihan pengukuhan dalam bentuk soalan yang pelbagai. Perisian dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris dimana ianya adalah bahasa pengantar untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah. Penggunaan gambar, teks, animasi dan butang-butang kawalan yang sepenuhnya dikawal oleh pelajar dalam persekitaran pembelajaran secara penerokaan termasuk latihan pengukuhan sebagai pengujian dan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari topik ini. Perisian ini menggunakan Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004, Sound Forge 6.0, Macromedia Captivate dan Ulead Video Studio9.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07741
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10872

Actions (login required)

View Item View Item