Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Sekolah agama Johor Kajian Di Sekolah Agama Taman Sri pulai Johor Bahru, johor

Ahmad, Kamariyah and Wan Embong, Wan Hassan (2007) Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Sekolah agama Johor Kajian Di Sekolah Agama Taman Sri pulai Johor Bahru, johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar Sekolah Agama Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor terhadap prasarana dan kemudahan asas dari segi struktur dan fizikalnya yang disediakan di sekolah tersebut. Proses penyelidikan kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada murid darjah lima dan enam. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut skala likert 4 poin. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A iaitu mengenai latar belakang responden dan Bahagian B iaitu yang berkaitan dengan persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package Of Social Science (SPSS) For Windows version 13.0. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Sekolah Agama. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung terhadap institusi pendidikan khususnya Guru Besar, Penolong Kanan, Jabatan Pendidikan Agama Daerah dan Jabatan Agama Johor dan juga anggota masyarakat yang terlibat dengan pendidikan. Ia dapat dijadikan panduan untuk menguruskan masalah prasarana di sekolah agama khasnya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07727
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10858

Actions (login required)

View Item View Item