Pembangunan Berbantu Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia tingkatan Empat Topik Acid And Bases

Ahmad, Asmaizha and Nordin, Aziz (2007) Pembangunan Berbantu Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia tingkatan Empat Topik Acid And Bases. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah perisian PBK bagi tajuk Acid And Bases untuk subtopik Role of water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases.. Perisian ini sesuai digunakan oleh pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil subjek Kimia KBSM. Pembinaan perisian PBK ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan sebuah perisian dalam versi Bahasa Inggeris bahkan juga ingin menghasilkan perisian PBK jenis kuliah dan latihan yang interaktif, menarik serta memberikan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, perisian PBK ini juga mampu memberikan kebebasan kepada pelajar dari segi masa, tempat dan kadar pembelajaran. Pendekatan teori konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian ini dimana pelajar belajar melalui stimulasi yang digunakan. Model Hanaffin & Peck telah digunakan sebagai landasan dalam proses pembinaan perisian ini. Perisian PBK ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D dan Swish 2.0. Penggunaan perisian-perisian ini bertujuan untuk menghasilkan grafik, animasi, teks dan audio yang interaktif serta menarik. Perisian yang dibina dipakejkan dan disebarkan dalam bentuk cakera padat bagi memudahkan pengedaran serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mengenai konsep didalam subtopik Role of water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07721
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10852

Actions (login required)

View Item View Item