The Effectiveness Of Using Mind Maps In Teaching Literature short Stories: A Case Study

Velayutham, Vimalah and Sulong, Nor Zarina (2007) The Effectiveness Of Using Mind Maps In Teaching Literature short Stories: A Case Study. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penggunaan peta minda, satu kaedah visual yang diperkenalkan oleh Tony Buzan (1983;1996) untuk memperbaiki kemahiran pengambilan nota, pemahaman dan mengingat kembali telah dikaji ke atas sekumpulan pelajar Tingkatan 4. Kaedah peta minda ini telah digunakan dan diaplikasikan ke atas 15 orang pelajar sebagai satu kaedah pengajaran cerita pendek dalam sastera. Satu pusat fokus atau gambaran grafik sesuatu permasalahan merupakan perkara utama dalam satu peta minda dan kata-kata kunci yang berkaitan dengan pusat fokus disambungkan dengan garisan untuk menggambarkan idea. Kajian kes ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran cerita pendek dalam sastera dan untuk melihat pandangan para guru terhadap penggunaan peta minda di dalam pengajaran cerita pendek dalam sastera. Dengan menggunakan ujian sebelum dan ujian selepas, pengkaji telah menguji keberkesanan peta minda dalam pengajaran cerita pendek. Hasil kajian terhadap pandangan para guru didapati daripada satu set soal selidik dan dua set soalan temuramah yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan penggunaan kaedah peta minda di dalam pengajaran cerita pendek dalam sastera memang meningkatkan keupayaan pelajar untuk memahami dan mengingat. Oleh itu, mereka boleh mengingat kembali cerita tersebut dengan lebih pantas. Tinjauan terhadap guru menunjukkan semua guru Bahasa Inggeris mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan peta minda di dalam pengajaran cerita pendek. Kajian ini juga membuktikan bahawa guru-guru mengetahui tentang kebaikankebaikan peta minda dalam sastera yang mana ia akan membantu para pelajar untuk memahami cerita tersebut dengan lebih baik dan pantas.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07715
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10846

Actions (login required)

View Item View Item