Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer Dengan Mengaplikasikan Model Polya Bagi tutorial Garis Lurus

Aziz, Nor Afzan and Atan, Noor Azean (2007) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer Dengan Mengaplikasikan Model Polya Bagi tutorial Garis Lurus. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 4 di bawah tajuk Garis Lurus. Pembangun menggunakan Model Pembangunan Hannafin dan Peck sebagai panduan membangunkan perisian PBK ini. PBK ini adalah berbentuk tutorial dan menerapkan penggunaan Model Polya di mana ianya diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah bagi topik Garis Lurus. Model Polya menekankan empat fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian yang telah dibuat. Perisian ini dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris di mana ianya adalah bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di sekolah. PBK ini dibangunkan dengan menggabungkan empat elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Kombinasi elemen-elemen tersebut menjadikan perisian ini lebih interaktif dan proses P&P pula menjadi lebih manarik. Pembangun menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai platfom pembangunan utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain iaitu Adobe Photoshop CS, SWiSHmax dan Sound Forge 7.0. PBK ini disimpan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pelajar menggunakannya pada bila-bila masa. Diharapkan perisian ini dapat meningkatkan mutu P&P sejajar dengan peningkatan teknologi moden di dalam arus pendidikan masa kini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07701
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10832

Actions (login required)

View Item View Item