Relationship Between School Management Practices And Leadership Behaviours Of Female Secondary School Principals In Sandakan District,sabah.

Liau, Shau Hing and Abu, Baharin (2007) Relationship Between School Management Practices And Leadership Behaviours Of Female Secondary School Principals In Sandakan District,sabah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Keberkesanan tingkah laku pengurusan dan kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua penting untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan pengurusan sekolah dengan tingkah laku kepimpinan pengetua wanita sekolah menengah di daerah Sandakan, Sabah. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti antara amalan pengurusan sekolah dan tingkah laku kepimpinan pengetua wantia dengan factor terpilih iaitu jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Amalan pengurusan sekolah yang dikaji meliputu enam aspek dan tingkah laku kepimpinan pula diukur dari lima belas kata adjektif yang mengkategorikan pengetua di bawah tangkah laku berorientasikan tugas atau berorientasikan hubungan. Borang soal selidik yang berupa instrument kajian diubahsuai dari instrumen amalan pengurusan oleh Leithwood et al. (1992) dan instrumen tingkah laku kepimpinan LPC (Least Preffered Co-Workers) oleh Fiedler (1967). Instrumen pengukuran ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach 0.88. Data dikutip dari 104 orang responden dari 4 buah sekolah kajian seterusnya dianalisis dengan menggunkan kekerapan, peratusan, skor min, ujian t, ujian ANOVA sehala dan ujian korelasi Pearson. Min skor keseluruhan 2.80 mengesahkan bahawa tahap amalan pengurusan pengetua wanita di bawah kajian adalah tahap sederhana dan min keseluruhan 3.19 mengesahkan bahawa pengetua wanita di bawah kajian mengamalkan tingkahlaku kepimpinan berorientasikan hubungan. Analisis menunjukkan tiasa perbezaan signifikan (p .05) antara amalan pengurusan sekolah dan tingkahlaku kepimpinan pengetua wanita dengan faktor demografi terpilih. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara amalan pengurusan sekolah dengan tingkahlaku kepimpinan pengetua wanita yang menjana nilai korelasi positif sederhana 0.46. Keputusan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengetua wanita sekolah kea rah membentuk organisasi sekolah yang lebih sistematik dan berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07688
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10819

Actions (login required)

View Item View Item