Keberkesanan Perkembangan Profesionalisme Guru Di Sekolah : Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang

Zainon, Nor Rodziwati and Daud, Khadijah (2007) Keberkesanan Perkembangan Profesionalisme Guru Di Sekolah : Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program perkembangan profesionalisme guru di sekolah dan perkaitannya dengan faktor-faktor seperti demografi, ciri-ciri guru, rekabentuk kursus dan sokongan organisasi. Data telah dikumpulkan melalui pengedaran boran soal selidik berstruktur berdasarkan ubahsuai instrumen cadangan Ford dan Baldwin (1988). Keseluruhan populasi di sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Gudang telah menjadi responden kajian. Seramai 54 orang responden daripada keseluruhan populasi telah menjawab soal selidik dan data yang diperolehi telah diproses menggunakan program SPSS versi 14.0. Soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri-ciri ddemografi, Bahagian B dari faktor ciri-ciri guru, Bahagian C dari aspek rekabentuk kursus dan Bahagian D dari aspek sokongan organisasi. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistic iaitu peratus, kekerapan, min, sisihan lazim, jadual silang dan Ujian T. Kesimpulan dalam kajian ini, walaupun terdapat perbezaan latar belakang di kalangan responden dari segi jantina dan pengalaman namun dari pandangan mereka terhadap program perkembangan profesionalisme adalah sama dan menyatakan bahawa program amat perlu dan penting dalam meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap. Dengan mengenalpasti faktor-faktor ciri-ciri guru yang sesuai, rekabentuk kursus yang menepati keperluan semasa dan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah, proses pemindahan program perkembangan profesionalisme akan dapat dipertimbangkan ke paras yang lebih optimum.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07680
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10811

Actions (login required)

View Item View Item