Amalan Penyeliaan Klinikal Di Sekolah-sekolah Menengah Zon Bandar Di Daerah Muar.

Hj.yahya, Rosmizana and Boon, Yusof (2007) Amalan Penyeliaan Klinikal Di Sekolah-sekolah Menengah Zon Bandar Di Daerah Muar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini telah dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas lapan buah sekolah Zon Bandar di daerah Muar untuk melihat amalan penyeliaan klinikal. Tujuan utama kajia adalah untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap penyeliaan klinikal dan untuk melihat amalan penyeliaan klinikal di sekolah-sekolah. Sebanyak 148 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru Sains dan Matematik di lapan buah sekolah yang terpilih. Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Data dikumpulkan secara kuantitatif dan telah dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Ujian t dan ANOVA Sehala pada aras = 0.05 telah digunakan dalam menguji hipotesis kajian ini. Di samping itu, min kekerapan dan peratusan juga digunakan dalam menganalisis data. Dapatan kajian mendapati persepsi guru terhadap penyeliaan klinikal adalah tinggi. Amalan penyeliaan klinikan di sekolah-sekolah kajian juga didapati tinggi. Tiga fasa utama dalam pendekatan klinikal jelas dijalankan oleh penyelia. Daripada analisis ujian-t dan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap penyeliaan klinikal mengikut jantina dan pengalaman mengajar guru. Di akhir kajian, cadangan-cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan penyeliaan klinikal di sekolah telah dinyatakan, beserta dengan cadangan kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07670
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10801

Actions (login required)

View Item View Item