Gangguan Masa Instruksional : Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang

Mohamed Razali, Normah and Hushin, Hassan (2007) Gangguan Masa Instruksional : Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menganalisa jenis-jenis gangguan masa instruksional (GMI) di sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Gudang. Kajian ini juga ingin menilai faktor-faktor GMI. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat Modul Relief Terancang (MRT) sebagai satu program intervensi dan melalui kajian juga satu polisi sekolah dapat dibina untuk menangani masalah GMI. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian dengan menggunakan Cronbach Alpha 0.8024 . 54 orang responden menjawab soal selidik dan data yang diperolehi telah diproses menggunakan program SPSS versi 14.0. Instrumen GMI yang berbentuk soal selidik terdiri daripada tujuh bahagian iaitu Bahagian A tentang demografi guru, Bahagian B berkaitan sikap guru, Bahagian C tentang keberkesanan guru, Bahagian D berkaitan ketepatan masa guru, Bahagian E tentang kehendak luar bilik darjah, Bahagian F berkaitan dengan prioriti yang bercanggah dan Bahagian G berkaitan disiplin pelajar. Selain itu kaedah temu bual juga dijalankan. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik iaitu peratus, kekerapan, min, dan sisihan lazim. Dapatan kajian menunjukkan gangguan masa instruksional berada pada tahap sederhana. Keberkesanan guru menjadi gangguan utama instruksional dengan minnya 3.83. Ini diikuti dengan kehendak luar bilik darjah, sikap guru, prioriti yang bercanggah, disiplin pelajar dan ketepatan masa guru ke kelas. Selain itu, satu kerangka masalah dan penyelesaiannya juga dihasilkan daripada kajian ini. Beberapa cadangan kajian telah dikemukakan berdasarkan hasil kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07612
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:54
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10743

Actions (login required)

View Item View Item