Persepsi , Minat Dan Faktor-faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sebuah sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru

E, Pei Sze and Boon, Yusof (2007) Persepsi , Minat Dan Faktor-faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sebuah sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi, minat dan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Seramai 100 responden dipilih secara rawak kelompok, terdiri daripada pelajar tingkatan empat. Satu set soal selidik yang mengandungi 52 item pernyataan digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical Pakage For Social Science) bagi mendapatkan Peratusan dan min. Persoalan yang dikaji ialah untuk mengetahui apakah persepsi responden terhadap aktiviti kokurikulum dan pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain itu, adakah faktor minat, rakan sebaya, ibu bapa dan guru mempengaruhi penglibatan responden dalam aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian telah menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum lebih didorong oleh faktor ibu bapa, diikuti oleh faktor rakan sebaya dan akhir sekali faktor guru. Di samping itu, menurut kajian didapati pelajar India merupakan kaum yang paling kuat dipengaruhi oleh ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07594
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:53
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10725

Actions (login required)

View Item View Item