Hubungan Sikap Dan Amalan Kerja Amali Dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Daya.

Mohd Atan, Rohana and Noordin, Shaharom (2007) Hubungan Sikap Dan Amalan Kerja Amali Dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Dalam Tajuk Daya. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara sikap dan amalan kerja amali dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk Daya. Sampel kajian terdiri dari 134 pelajar, 59 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran elektif dari lima buah sekolah harian di sekitar daerah Johor Bahru. Tiga instrumen digunakan iaitu Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik (SPTPF) yang terdiri dari 30 item soalan soal selidik skala Likert yang mengukur sikap pelajar. Ujian Penilaian Amalan Kerja Amali Pelajar dalam Tajuk Daya (UPAKAPD) terdiri dari satu soalan esei berformat amali yang mengukur kefahaman pelajar dalam merekabentuk amali. Ujian Pencapaian Pelajar dalam tajuk Daya ( UPPD) terdiri dari 20 soalan yang mengukur tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Daya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min, peratus dan sisihan lazim dan pertalian Pearson r digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran Fizik (min = 90.07 /150) , pertalian yang sederhana ( r = .60 ) dan hubungan yang signifikan di mana p < .05 di antara sikap dan pencapaian pelajar. Semua hipotesis diuji pada aras keertian &#945; = .05 . Pencapaian pelajar dalam tajuk Daya adalah pada tahap kepujian (52.51 %) dan amalan kerja amali juga pada tahap kepujian (65.14 % ) dengan pertalian yang kuat ( r = .74) serta hubungan yang signifikan di mana p < .05 antara amalan kerja amali dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa sikap dan amalan kerja amali pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam tajuk Daya. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap yang lebih cemerlang pendekatan pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar dan pembentukan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran mata pelajaran Fizik

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07590
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:53
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10721

Actions (login required)

View Item View Item