Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Khas (cacat Pendengaran) Dalam Mata Pelajaran Vokasional : Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam

Sahaat, Zamri and Buntat, Yahya (2007) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Khas (cacat Pendengaran) Dalam Mata Pelajaran Vokasional : Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas (cacat pendengaran) dalam mata pelajaran vokasional. Kajian ini melibatkan 110 orang pelajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Sampel kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran pengkhususan Industri dan Senireka sahaja. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan respon responden terhadap aspek pernyataan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science, Version 10.0 (SPSS). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan yang kemudian dikelaskan kepada tiga ketagori tahap pencapaian : tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor motivasi pelajar dan faktor pengajaran guru berada di tahap tinggi dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar. Sementara faktor prasarana sekolah dan minat pelajar di tahap sederhana. Manakala peranan keluarga di tahap rendah dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07506
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10637

Actions (login required)

View Item View Item