Persediaan Guru Pelatih Aliran Teknikal Dalam menggunakan Bahasa Inggeris Semasa Latihan mengajar.

Misiwan, Norazif and Mohd Said, Mohd Rizal (2007) Persediaan Guru Pelatih Aliran Teknikal Dalam menggunakan Bahasa Inggeris Semasa Latihan mengajar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau persediaan guru pelatih aliran teknikal dalam menggunakan bahasa Inggeris semasa latihan mengajar. Kajian ini melibatkan 76 orang guru pelatih aliran teknikal ( SPA, SPE dan SPJ) yang telah menjalani latihan mengajar bagi sesi 2005/06. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan respon responden terhadap aspek pernyataan kajian. Tumpuan kajian ini ialah mengenalpasti persediaan guru pelatih aliran teknikal dalam membuat persediaan rancangan mengajar, penyampaian pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam bahasa Inggeris. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas mengenai persediaan guru pelatih aliran teknikal dalam menggunakan bahasa Inggeris semasa latihan mengajar . Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih aliran teknikal kurang membuat persediaan dari aspek penyediaan rancangan mengajar, penyampaian pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada guru pelatih aliran teknikal yang telah dan akan menjalaninya supaya berrsedia dari segala aspek. Guru pelatih aliran teknikal juga perlu menguasai bahasa Inggeris agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07505
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:44
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10636

Actions (login required)

View Item View Item