Faktor Dan Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Ponteng Sekolah Oleh Pelajar Tingkatan Dua Dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh, Tanah Merah Kelantan

Sha ari, Mohd Irawan and Jaffri, Hadijah (2007) Faktor Dan Aktiviti Yang Dilakukan Ketika Ponteng Sekolah Oleh Pelajar Tingkatan Dua Dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ketika ponteng sekolah. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor sikap individu, persekitaran sekolah, rakan sebaya, guru dan sosio ekonomi. Sampel yang dikaji adalah seramai 50 orang yang terdiri dari 25 orang pelajar bagi setiap tingkatan dua dan empat. Sampel dipilih berdasarkan kepada rekod kehadiran pelajar ke sekolah. Instrumen yang diguna untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B berkaitan dengan faktor-faktor pelajar ponteng sekolah dan bahagian C berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ketika ponteng sekolah. Data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS (versi 12). Data dinilai melalui unit bilangan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, faktor persekitaran sekolah mempunyai nilai min yang tertinggi. Ini menunjukkan pelajar kerap ponteng sekolah kerana persekitaran yang terdapat di sekolah tidak menyenangkan pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan, menolong keluarga adalah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar ketika ponteng sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07484
Subjects: Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10615

Actions (login required)

View Item View Item