Pembentukan Dan Penilaian Kesesuaian Modul pengajaran Kendiri Bertajuk Autocad 2005 Pada peringkat Tingkatan 4

Mohd Sabri, Aizatul Husna and Saud, Muhammad Sukri (2007) Pembentukan Dan Penilaian Kesesuaian Modul pengajaran Kendiri Bertajuk Autocad 2005 Pada peringkat Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membina Modul Pengajaran Kendiri AutoCAD 2005 bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Engineering Drawing. Terdapat tiga buah MPK AutoCAD 2005 yang dibina iaitu MPK 1: Introduction to CAD, MPK 2: How To Start your Own Drawing, MPK 3: Three Dimension Drawing. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) AutoCAD 2005 dibina berasaskan Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Tujuan pembinaan Modul Pengajaran Kendiri ini adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Subjek kajian ini terdiri daripada empat belas orang guru dari sekolah menengah dan juga sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia yang mengajar mata pelajaran Engineering Drawing. Seramai empat orang subjek kajian terlibat dalam Penilaian Formatif Satu ke Satu dan sepuluh orang subjek terlibat dalam Penilaian Formatif Kelompok ke Kelompok. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang dinamakan Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi 24 item dalam bentuk Likert manakala bahagian B merupakan ruang ulasan am yang boleh digunakan oleh subjek. Analisis data mentah yang diperolehi berbentuk statistik deskriptif. MPK AutoCAD 2005 ini dihasilkan dalam Bahasa Inggeris mudah sebagai medium penyampaian. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan MPK AutoCAD 2005 yang dibina adalah sesuai digunakan oleh pelajar dari setiap aspek (isi kandungan, bahasa, saiz tulisan dan sebagainya).

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07483
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10614

Actions (login required)

View Item View Item